Kerjaya sebagai Teknologi Makmal Perubatan (TMP) adalah menarik, mencabar dan sesuai bagi mereka yang berkelayakan serta mempunyai minat dalam teknologi sains gunaan di samping berkhidmat kepada masyarakat dan memberi sumbangan kepada kemajuan negara.
Sesuatu penyakit yang memerlukan penyiasatan mendalam, spesimen akan diambil daripada pesakit samada dalam bentuk darah, air kencing, najis, kahak atau tisu dan dihantar ke makmal untuk dianalisa oleh TMP. Keputusan daripada penganalisaan itu dapat membantu para doktor dalam membuat diagnosis dan seterusnya memberi rawatan selanjutnya.Bidang tugas (TMP) ini adalah sangat luas, dimana ianya diamalkan di hospital kerajaan dan swasta dalam pelbagai jabatan perubatan dan kesihatan seperti berikut :-
Jabatan Patologi.Jabatan Imunohematologi. (Perkhidmatan Penabungan dan Pemindahan Darah).Institusi Penyelidikan.Universiti-universiti.
Institutsi-institusi Perubatan/Kesihatan Kerajaan dan Swasta.
hehhehehe rase debar rasenye..yela nk belajar kos nie kne la taw serba sedikit.excited nk belajar la ni...sabor jela..ehehhehehee

No comments:
Post a Comment